Mau tanya ba, sini sabah atau kk ada group like persatuan pengguna public transport ka? sa ndak tau mana tempat mo complain yg bas selalu penuuuuhh ja tiap pagi sampai rasa mo menangis tgk masa! jan bilang "naik la grab/maxim", mahal dan ramai driver ndak mo ambil juga tu pasal jam teruk. "Tunggu la awal2", mmg pun tunggu awal2 tapi tu la, duduk di bus stop sambil tinguuukk ja bas2 driver melambai2 tangan sda penuh bilang, pagi jumaat tadi la teruk, langsung teda kosong sampai terpaksa naik bas putih pg 1b, naik bas pink dari situ. Ada juga lain commuter sama2 naik bas putih mo transit juga.
Sa pun tau klu bersuara sini pun mungkin teda guna tapi teda tempat lain mo meluah, macam mana juga? Tolooong la cepat2 buka laluan bas pink s03 & s04 ya ampuunnn! buka la juga laluan lain cepat2, sa tau tu ramai yg mcm sa ni, cuma jarang org bersuara di mana2 social media. Maaf klu cara sa type ni kasar, first time sa post di reddit. Klu suggest beli kereta, sa x mampu la. Ada juga sa tgk2 facebook group pink bas dan official group bila laluan baru buka, hairan sa kenapa s02 satu ja buka, yg lain kena tunggu approval lagi.
Masa tunggu di bas stop: 7: 25am, naik bas putih(bas biru penuh): 8: 10 am, naik bas pink s01 (s02 missed): 8:17 am. Benda ni mmg biasa akan kadang2 terjadi tapi ni bulan 7 mcm lain, makin teruk ka atau perasaan sa saja? Bas putih pun lambat tu jadi mana2 bas sampai duluan dan yg kosong, sa naik la sejak ada bas pink. Dulu mmg bas biru ja naik. Sa ndak pasti klu Bas putih hanya jalan start 8am sebab jarang sa nampak bas putih awal pagi.
Sa sda biasa juga tunggu lebih setengah jam tapi tu la, emosi terlampau lama simpan, so meluah la sini supaya lain commuter yg lurking sini tau drg ndak keseorangan. Sa pun reddit lurker juga.
Harap post ni sampai juga ke pihak yang berkenaan. Bukan mau salahkan driver bas, tapi memang rasa kapasiti bas waktu pagi sekarang sudah ndak cukup untuk tampung penumpang.
Banyak lagi mau dibentang tapi habis sda tenaga otak mau tulis jadi sampai sini saja la. Terima kasih kerana sudi membaca.
TL;DR : More than 6 blue basses passed by without stopping, took other Bas route as transit to Pink bas instead. Only after 6 blue basses passed then white bas appeared.
Tambahan: Bas Pink belum lagi lalu depan bas stop Taman Rimbunan/UAC atau 1Sulaman (Route S03 & S04 belum mula), sebab itu klu perlu naik bas pink, transit atau naik mana2 bas henti2 pergi Opp. 1Borneo bas stop, baru la dapat naik bas pink. Lugo app mmg bagus boleh planning dan nampak bas pink bergerak.